Thursday, September 10, 2009

JUS GREEN APPLE KASTURI

Bahan-bahannya:
1 biji apple hijau(buang kulit dan potong dadu)
2 biji limau kasturi(dibuang kulit dan bijinya)
1 sudu makan serbuk samboi
sedikit ais
sedikit gula
air sejuk

Cara-caranya:

  1. Masukkan apple hijau,gula,limau kasturi,serbuk samboi dan air kedalam blender dan blender.
  2. Setelah itu hidangkan.Menu ini sesuai bagi yang berdiet.

BISKUT MINI WAFER ROLL

Bahan-bahannya:

Mentega 100 gm
Majerin 50 gm
Gula halus 50 gm
1 biji kuning telur
300 gm tepung biasa
50 gm keju parut
sedikit baking powder
300 gm wafer coklat

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega,majerin dan gula halus sehingga sebati,masukkan kuning telur dan aduk rata.
  2. Masukkan tepung biasa dan keju parut,gaul sampai rata.
  3. Pipihkan adunan dan gulung dengan wafer,rapikan bentuknya.
  4. Oles dengan keju parut dan tabur dengan keju parut.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selsius selama 35 minit.

APAM HOLICK


Bahan-bahannya:

310gm gula hangus
16 oz mentega(cap tong)
5 biji telur ayam(kuning dan putih diasingkan)
370gm tepung biasa
210gm horlick
1/2 tin susu manis(kecil)
sedikit baking powder
sedikit pewarna

Cara-caranya:
Gula dipukul dengan putih telur sehingga kembang.Secara berasingan mentega dengan kuning telur.Kemudian masukkan horlicks,tepung,gula yang dipukul bersama putih telur tadi dan sedikit baking powder serta pewarna.Selepas itu kukuslah sehingga masak.Gambar sekadar hiasan.

Wednesday, September 9, 2009

Simple Tempe

Bahan-bahannya:

1.2 kotak Tempe(ada jual di pasaran)
2.Bawang putih 2 ulas
3.5 tangkai Cili kering(kalau nak lebih pedas boleh tambah)
4.Sos cili botol(ikut citarasa masing-masing)
5.1 sudu besar gula(boleh kurangkan kepada 1/2 sudu)
6.kacang tanah(digoreng)
7.Pusu(digoreng)
8.Garam dan ajinomoto


Cara-caranya:

1.Terlebih dahulu,potong tempe nipis-nipis kemudian Goreng tempe hingga kering dan ranggup,setelah itu asingkan.
2.Bawang putih dan cili kering ditumbuk hingga lumat dan tumiskan.
3.Masukkan tempe,kacang dan pusu yang sudah digoreng tadi,gaulkan.
4.Kemudian masukkan sos cili botol,gula,garam dan ajinomoto,gaulkan lagi.
5.Akhir sekali angkat dan Hidangkan